Kecewa Rezeki Duit Tak Bertambah Walau Usaha Bagai Nak Rak?

Sharing Ini Khas Untuk You.

Siapa sini yang ada perasaan kecewa saat lihat nombor dalam akaun tak bertambah walhal dah buat marketing dan closed sales bisnes bagai nak rak?

Termasuk sedekah dah, solat dhuha dah, istighfar dah, zikir Asmaul Husna dah, doa banyak kali pun dah. Boleh kata semua dah.

Tetapi tetap juga rezeki duit yang dinanti pada hari tersebut, belum kunjung tiba. Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.  

Well, same goes to me before this. Namanya pun manusia. Normal perasaan itu wujud. Normal ia berlaku. Namun, bukan perasaan kecewa yang patut kita fokus.

Yang patut kita fokus adalah bagaimana diri dapat overcome perasaan tersebut and yakin kita pasti dapat rezeki duit lebih banyak lepas itu.

“Bukan amalan yang buatkan kita dapat rezeki banyak. Silap besar sangka begitu. Hakikatnya Allah je yang mampu beri rezeki tanpa perlu asbab sekali pun. Amalan tu kita perlu buat kerana kita adalah hamba-Nya.”

Kena ingat rezeki yang kita ada bukan diukur melalui duit je. Kita lupa yang kita miliki lebih banyak rezeki dalam hidup kita.

Sebab miliki keluarga tu rezeki, ada kereta atau motor adalah rezeki, ada smartphone yang tahan lasak adalah rezeki.  Dan apa-apa yang kita peroleh manfaatnya dalam hidup adalah rezeki.

Jadi, nak kata rezeki kita sempit, sebenarnya ia tak begitu. Bahkan, ada 4 jenis rezeki yang Allah dah janjikan untuk kita hatta orang bukan Islam sekali pun. Iaitu :

#1 – Yang Dijamin Allah

Di mana Allah bagi rezeki pada seluruh makhluk termasuk orang kafir. Allah tak pandang apakah makhluk-Nya itu ingkar atau kufur.

“Tidak ada suatu mahluk pun (termasuk manusia) yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin oleh Allah rezekinya.”

— Surah Huud : 6

Apa dia rezeki yang dijamin tu?

Iaitu kesihatan, makanan, minuman. Ini dasar rezeki yang terendah. Makna kata secara asasnya, rezeki semua orang adalah cukup. Yang tak cukupnya adalah bila nak penuhi anak tekak dan lifestyle hidup.

#2 – Berdasarkan Usaha

“Tidaklah manusia mendapat apa-apa, kecuali apa yang telah diusahakannya”.

— Surah An-Najm : 39

Allah beri rezeki sesuai dengan apa yang dikerjakan. Usaha sungguh-sungguh, menggila dengan ilmu dan secara luar biasa, maka kita dapat setimpal dengan apa yang dibuat.

Rezeki jenis ini boleh diperoleh oleh semua orang dengan syarat, dia berusaha. Namun andai rezeki kita sikit walau usaha dah banyak, maka itulah yang terbaik untuk kita pada masa itu.

Bahkan my sahabat pernah share, “bila kita tak dapat rezeki duit yang banyak, ketahuilah waktu itu kita memang layak untuk tak dapat rezeki tersebut.” Lagipun, ada hikmahnya.

#3 – Kerana Bersyukur

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu”.

— Surah Ibrahim : 7

I pernah update satu status di Facebook wall iaitu “Apa yang buatkan kita fikir yang kita akan bersyukur bila dapat rezeki banyak sedangkan rezeki yang ada sekarang pun kita tak bersyukur?”

Orang yang bersyukur dengan sedikit, rasa cukup dan bahagia apa yang dia ada, dia akan layak dapat lebih banyak rezeki. Yang sikit pun tak bersyukur, masakan Allah nak bagi rezeki yang banyak dalam hidup.

That’s why saat belum ada sales, bersyukur. Ada sales, lagi kena bersyukur. Ada 3 cara bersyukur yang kita boleh praktis. Iaitu :

+ Melalui percakapan dengan kata Alhamdulillah, thank you Allah.

+ Melalui perbuatan dengan beribadah kepada Allah.

+ Melalui penulisan dengan tulis minimum 3 perkara yang kita syukur setiap hari.

#4 – Diberi Buat Mereka Yang Teristimewa

Ini tingkatan rezeki yang paling tinggi iaitu hanya kepada mereka yang beriman dan bertaqwa kepada Allah. Rezeki yang diperoleh dari jalan yang tak tersangka-sangka.

“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yg tiada disangka-sangkanya.  Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.  Sesungguhnya Allah melaksanakan semua urusan (yang dikehendaki-Nya). Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu”.

— Surah At-Thalaq : 2-3

Rezeki yang ke-4 ini khas buat mereka yang benar-benar dicintai dan dipercayai Allah untuk memakmurkan dan mengaturkan kekayaan di bumi ini.

Masya Allah, amazing kan Allah dah siapkan 4 jenis rezeki untuk dilimpahkan kepada kita? Cuma nak rebut atau tak je. Ehe, didoakan kita semua berjaya dapat semua jenis rezeki ini. Aamiin, ya Mujib!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *