Siapa kata duit tak boleh beli bahagia? Sebenarnya, boleh je.

Siapa kata duit tak boleh beli bahagia? Kajian terkini tunjuk boleh je.

Nak hidup happy? Beli je dengan duit.

Kalau orang kata duit tak boleh beli happiness, jangan percaya cakap mereka sangat. They are liar. Sebab ada kajian terkini yang tunjukkan happiness tu you boleh dapat dengan guna duit saja. Eh, macam mana tu?

Ilmu ini I peroleh time baca buku 7 Keajaiban Rezeki karya Ippho Santosa (buku rezeki best-seller di Indonesia). Pertama kali baca topiknya I memang terasa pelik. Yalah, ia bertentangan dengan prinsip yang selama ini kebanyakan orang percaya.

Iaitu, “duit sama sekali tidak boleh beli kebahagiaan. Takkan boleh beli pun.” Rupanya hasil kajian yang diceritakan dalam buku ini, ternyata boleh!

“Okay, macam mana tu?”

Bila you tak happy dan tak tenang dalam hidup, sedekahkan saja duit yang you ada.  Insya Allah, you akan happy.

Bahasa mudahnya, duit tu you mesti gunakan untuk derma, sumbangan, sebagai pemberian, berbagi, hadiah atau apa pun namanya kat orang lain. Nak bagi kat family, cleaner-cleaner dan pak guard pun boleh. Lagi bagus you bagi pada orang yang you tak kenal.  

*gambar bagi duit

“Apa prove yang tunjukkan duit tu kita boleh tukar jadi bahagia?”

— Ni dia 6 kajian yang I nak cerita.

#1 – Brendan Borrel di majalah ilmiah Nature edisi Mac 2008 menulis, “wang dapat beli kebahagiaan terutama jika kita membagi-bagikannya.”

#2 – Elizabeth Dunn dalam penilitiannya menyimpulkan bila kita belanjakan duit terhadap orang lain, ia mendorong kebahagiaan.

#3 – Prof. David McClelland menyatakan bahawa dengan kita melakukan sesuatu yang positif terhadap orang lain, ia juga dapat mendorong kebahagiaan.

#4 – James House berkata “menolong orang lain secara sukarela akan meningkatkan kebugaran tubuh dan angka harapan hidup.”

#5 – Allan Luks dalam bukunya menyimpulkan, “menolong orang lain dapat mengurangi sakit mahupun stres serta meningkatkan endorfin dan kesihatan.” Ini berdasarkan survey yang melibatkan 3,000 sukarelawan dan lebih dari 90% mengaku demikian.

#6 – Dr. Stephen Post di bukunya menulis “sifat dermawan itu menyihatkan dan memanjangkan umur. Bahkan, dua kali lebih menyihatkan berbanding Aspirin.”

Personally, I experiment benda ni. Iaitu masa I tengah susah hati fikir rezeki cukup ke tak, I keluarkan duit RM20 bagi pada pak cik-pak cik cleaner di RnR. Waktu tu, masya Allah perasaan yang sukar nak digambarkan.

The moment orang yang you beri duit ucap terima kasih dan doakan rezeki you, itulah moment yang speechless. You rasa lapang, tenang and happy lepas tu. Bila you beri duit kat orang, percaya atau tak sebenarnya you adalah orang kaya.

Dan you punya situasi rezeki lebih baik berbanding dengan orang tadi. At least, ia mendidik you untuk bersyukur dan buat lebih baik lagi dalam menjemput rezeki. Faham ke faham?

Ringkasnya, dengan erti kata lain, duit boleh jadi asbab, medium atau alat untuk you dapat happiness dengan pantas dengan you bantu orang lain.

Tetiba teringat  dalam program ESQ 165 Malaysia yang I pernah attend, ada satu simulasi mudah yang peserta kena buat dan rasa why sedekah tu gila penting diamalkan.

Simulasinya adalah peserta mesti sedut nafas, tahan dan kemudian hembuskan semula nafas buat kali pertama. Kemudian, for the second time peserta have to sedut nafas melalui hidup dan kena tahan nafas ikut masa yang ditetapkan.

Okay, what happened saat you terus tahan nafas dan tak hembuskan semula nafas tu?

You will be sick right? Mati jawabnya sebab tak cukup oksigen. Maka, same case with sedekah. Proses sedut dan hembuskan udaralah yang buatkan manusia sihat. Sebaliknya, bila you terus sedut udara tanpa hembus, ia boleh buatkan diri you maut.

Terus ambil atau terima duit tu just like sedut udara. Beri duit tu pulak seperti hembuskan udara. Bahkan setiap kali kita beri duit, you sedang himpunkan energi positif dan buang energi negatif dalam diri.

That’s why sedekah atau bagi duit to other people dikatakan dapat ‘beli’ happiness dalam waktu yang singkat.

So, why not starting from today, you try beri RM5 sehari kepada keluarga, sahabat atau orang luar yang you tak kenal pun?

Nak alami rasa happy ni, you kena buat. Then, you akan faham. Makin berat pengorbanan you dalam beri duit kat orang lain, maka makin cepat dan makin besar balasannya.

Inilah namanya IOS. Eh, sistem IOS Iphone ke?

Hehe, taklah. IOS yang dimaksudkan adalah itulah Index Of Sacrifice diri you.

Life is beautiful.

Love is wonderful.

Giving is powerful.

Because what you give, you will get more.

*gambar tulisan

P/s : Best baca artikel ni? Apa kata you share artikel ini kepada keluarga atau sahabat yang berimpian nak hidup bahagia sepantas kilat sekarang?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *