Tak Yakin Dengan Kuasa Allah Dalam Beri Rezeki Melimpah? Ini, 3 Bukti Supaya Diri Tambah Yakin.

Ketahui 3 Bukti Tentang Kuasa Allah Dalam Beri Rezeki

Ilmu ni I dapat dalam buku Mudahnya Menjemput Rezeki 2, tulisan Ustaz Fathuri. Ada cerita topik pasal bukankah Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu?

Dalam hidup kita, ada 2 cara fikir yang wujud. Iaitu :

+ Ikut logik (otak kiri).

+ Keajaiban (otak kanan).

*gambar otak

Memang tak dapat dinafikan, ada certain things that happened in our life seolah macam miracle. Tak dapat nak cerita dari sudut logik. I bagi satu analogy supaya mudah faham.

Kita semua tahu teori matematik yang logik adalah 1 + 1 = 2. Namun, ada satu teori matematik yang memang di luar batas logik. Unbelievable and it is true. Iaitu matematik sedekah, 1 – 1 = 10. Meaning to say, siapa yang sedekah RM1 akan dapat return back 10 kali ganda. Right?

Sebab tu kata Ustaz Fathuri, “Bila cara biasa (sunnatullah) tak berkesan, masih ada cara luar biasa (kudratullah) untuk disandarkan harapan. Bila kudrat diri kita dah tak berupaya, kudrat Allah masih ada.”

Ini yang kita kena yakin. Ketika mana cara biasa dalam jemput rezeki tu dah tak efektif, remember that we still have Allah yang boleh bagi rezeki dalam sekelip mata sekali pun. 

So, 3 bukti kuasa Allah dalam memberi rezeki kepada manusia :

#1 – Beri Rezeki Dengan Asbab

Iaitu secara logik sebagaimana Nabi Muhammad SAW lahir daripada rahim seorang ibu yang sihat. Seperti kita usaha, kita dapat. Tak usaha, tak dapat.

#2 –  ‎Beri Rezeki Berlawanan Dengan Asbab

Sebagaimana lahirnya Nabi Yahya AS yang lahir daripada rahim seorang ibu yang mandul. Seolah impossible dan mustahil lah nak dapat. Namun jika Allah dah berkendak (Kun Fayakun), nothing is impossible.

#3 – Beri Rezeki Tanpa Asbab

Sebagaimana Nabi Isa AS yang dilahirkan dengan roh yang ditiupkan terus ke dalam rahim Siti Maryam tanpa disentuh oleh lelaki. Andai Allah nak bagi, maka Allah bagi terus.

4 Kategori Rezeki Yang Semua Orang Rasa Dalam Hidup

Apa dia 4 kategori tu? Iaitu :

+ Siapa usaha, dia dapat.

+ Usaha dan tak dapat.

+ Tak usaha, tapi dapat.

+ Tak usaha, tak dapat.

*gambar

That’s why bila kata tentang rezeki ni, kita tak boleh guna akal logik sangat. It is something yang memang tak boleh nak explain dari sudut sains. Something yang kita tak dapat nak predict. But, we know it exist.

Dalam Al-Quran, ada kisah bagaimana tongkat jadi ular yang sangat besar, menelan habis semua ular ahli sihir Firaun.

Dalam Quran, ada kisah Nabi Musa yang membelah Laut Merah dengan tongkatnya. Dalam Al-Quran, ada kisah sekumpulan manusia yang tidur sangat lama selama 309 tahun. Ketika bangun, mereka masih sihat sejahtera.

All these, we can say it miracles right? It such an insane! Cerita-cerita benar yang berlaku di luar logik akal manusia.

Jika difikirkan, kenapa semua kisah ini diceritakan dalam Quran? Why?

It is for us to believe in Allah. Have faith towards Allah. Yakin yang Allah sentiasa beri rezeki melimpah dalam hidup kita. Cuma ada proven proccess yang kita kena buat di mana ia mendatangkan hasil rezeki yang kita nak.

Start making process so that we have progress of rizq in our life.

Apa dia proven process yang kita kena buat tu?

+ Tahajud.

+ Sedekah.

+ Solat sunat dhuha.

Nak lebih faham, baca Ebook 9 Strategi Capai Unlimited Rezeki di sini.

P/s : Belajar sesuatu dari post ini? Jika ya, apa kata share dengan keluarga dan sahabat yang lain? #SharingIsCaring.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *